Buah- buahan tempatan di Debak
Buah
ini bermusim. Namanya sudah tidak asing lagi bagi masyarakat di
Sarawak. Sekali jeling macam buah kurma. Isinya rasa lemak-lemak manis.
Warna kekuningan. Boleh di makan terus atau di rendam dalam air suam
selama 10 minit kemudian di tuskan dan di gaul sama ada dengan gula,
garam atau kicap. Boleh juga di makan bersama hidangan nasi tengah hari
atau malam.
Bijinya yang keras mempunyai isi yang rasanya seperti kekacang. Ia perlu di pecahkan untuk mendapatkan isi di dalamnya.
Buah ini kebanyakkannya boleh di dapati hanya di Bahagian Sibu sahaja. Terutama di sekitar Sibu, Sarikei, Kanowit, dan Song. Ia kemudian di pasarkan ke daerah lain seperti Kuching dan Miri.
Bijinya yang keras mempunyai isi yang rasanya seperti kekacang. Ia perlu di pecahkan untuk mendapatkan isi di dalamnya.
Buah ini kebanyakkannya boleh di dapati hanya di Bahagian Sibu sahaja. Terutama di sekitar Sibu, Sarikei, Kanowit, dan Song. Ia kemudian di pasarkan ke daerah lain seperti Kuching dan Miri.
Engkalak
dalam bahasa Iban dan Temulus dalam bahasa Melanau. Buah ini lebih
besar sedikit dari buah dabai dan cara memakannya hampir sama dengan
buah dabai. Rasanya manis-manis juga.
Buah Mata Kuching
Berwarna
hijau dan berkulit tebal dan mengerutu sedikit. Rasa manis dan enak di
makan. Saiz buah adalah lebih besar dari mata kucing atau bidara dan
isinya pun tebal.
Ia
seakan-akan buah kelubi cuma ia berbeza di segi bentuk, kulit, rasa dan
warna yang agak cerah dan kemerah-merahan. Ia tidak semasam buah
kelubi.
Begitu lah nama yang di beritahu. Canggih juga nama. Tetapi ada juga nama lain yang diberikan. Namun saya tidak tahu.
Isinya
rasa macam rambutan tetapi lehik sedikit. Kulit tebal tetapi rapuh dan
mudah dipecah dengan menepukkannya kepada benda yang keras.
Terong
Iban. Saiz besar dan rasa masam-masam sedikit. Biasa di buat goreng
sayur atau gulai juga. Saiz biasa lebih besar dari terong yang terdapat
di semenanjung. Mempunyai banyak biji-biji yang kecil.
Rupa seakan-akan buah sukun. Rasa lebih enak dari nangka muda. Biasa mereka buat gulai lemak.

Buahnya kecil berwarna kemerahan. Isinya nipis dan macam buah mata kucing tetapi mempunyai biji yang besar. Rasa manis sedikit.
Pucuk
ini menjadi kegemaran semua kaum di Sarawak. Mudah di dapati di kawasan
paya dan rasanya macam pucuk paku juga. Buat je masak macam pucuk paku
dan anda pasti akan mengemarinya.
Kulit
batangnya di kupas bagi mendapatkan umbut di dalamnya. Rasa umbut ini
agak pahit sedikit. Namun di katakan boleh dibuat ubat darah tinggi.
Saya tidak pasti macam mana mereka memasaknya.
Umbut
Palah adalah sebutan orang-orang tempatan. Ia di ambil dari pokok
nipah. Dari daun dan lidi masih menjadi bahan utama hasil anyaman dan
gubahan yang unik. Hasil kraftangan ini boleh di dapati di kedai yang
menjual beranika jenis kraftangan di sekitar bandar Sibu.
Anda tidak perlu risau tentang rindu nak makan petai jika anda berada di perantauan. Bagi anda yang gemarkan ulam-ulam tempatan, anda tidak akan ketinggalan dengan lain-lain ulam seperti jering, pegaga, pucuk selon dan lain-lain jenis pucuk yang agak asing bagi saya.
Terdapat
berbagai-bagai spesis ikan Sungai Batang Rajang. Diantara yang biasa di
perolihi adalah lampam, tapah, baung, keli, sembilang, belida, ikan
duri, patin, dan sebagainya.
Udang
memang banyak terdapat di dalam Sungai Batang Rajang dan Batang Igan.
Namun secara keseluruhannya, semua sungai di Sarawak ada udang yang
berbagai saiz.
Kalau kena pada musim dia, memang banyak ikan-ikan baung ini di jual oleh orang-orang tempatan di pasar ini.
Selain
itu, terdapat juga ikan yang paling mahal di Sarawak iaitu ikan Empurau
yang kebanyakkannya terdapat di Song, Kapit dan Belaga.
Diperolihi dari dalam pokok sago atau rumbia. Menjadi kegemaran bagi kaum iban dan melanau. Boleh di makan hidup-hidup bergitu saja, atau di masak dan di goreng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan