Isnin, 22 Disember 2014

Buah- buahan tempatan di Debak




Buah Dabai

Buah ini bermusim. Namanya sudah tidak asing lagi bagi masyarakat di Sarawak. Sekali jeling macam buah kurma. Isinya rasa lemak-lemak manis. Warna kekuningan. Boleh di makan terus atau di rendam dalam air suam selama 10 minit kemudian di tuskan dan di gaul sama ada dengan gula, garam atau kicap. Boleh juga di makan bersama hidangan nasi tengah hari atau malam.

Bijinya yang keras mempunyai isi yang rasanya seperti kekacang. Ia perlu di pecahkan untuk mendapatkan isi di dalamnya.

Buah ini kebanyakkannya boleh di dapati hanya di Bahagian Sibu sahaja. Terutama di sekitar Sibu, Sarikei, Kanowit, dan Song. Ia kemudian di pasarkan ke daerah lain seperti Kuching dan Miri.
Buah Engkalak atau Temulus

Engkalak dalam bahasa Iban dan Temulus dalam bahasa Melanau. Buah ini lebih besar sedikit dari buah dabai dan cara memakannya hampir sama dengan buah dabai. Rasanya manis-manis juga.





Buah Mata Kuching

Berwarna hijau dan berkulit tebal dan mengerutu sedikit. Rasa manis dan enak di makan. Saiz buah adalah lebih besar dari mata kucing atau bidara dan isinya pun tebal.


Buah Ridan atau Buah Ma.

Ia seakan-akan buah kelubi cuma ia berbeza di segi bentuk, kulit, rasa dan warna yang agak cerah dan kemerah-merahan. Ia tidak semasam buah kelubi.



Buah Ureka Afrika.

Begitu lah nama yang di beritahu. Canggih juga nama. Tetapi ada juga nama lain yang diberikan. Namun saya tidak tahu.

Isinya rasa macam rambutan tetapi lehik sedikit. Kulit tebal tetapi rapuh dan mudah dipecah dengan menepukkannya kepada benda yang keras.

Walau pun kulit hijau tetapi sudah pun tua dan sedia di makan.

Terong Iban.

Terong Iban. Saiz besar dan rasa masam-masam sedikit. Biasa di buat goreng sayur atau gulai juga. Saiz biasa lebih besar dari terong yang terdapat di semenanjung. Mempunyai banyak biji-biji yang kecil.



Buah Pulo.

Rupa seakan-akan buah sukun. Rasa lebih enak dari nangka muda. Biasa mereka buat gulai lemak.




Buah Mawang.Juga dikenali sebagai buah binjai. Besar macam buah macang, berkulit tebal dan isi berwarna putih jika muda dan kuning jika sudah tua. Biasa di buat jeruk atau pekasam. Lebih enak dicampur dengan lada untuk buat sambal belacan. Di Sabah dikenali sebagai buah bambangan.




Buah Linjan
Buahnya kecil berwarna kemerahan. Isinya nipis dan macam buah mata kucing tetapi mempunyai biji yang besar. Rasa manis sedikit.





Pucuk Midin

Pucuk ini menjadi kegemaran semua kaum di Sarawak. Mudah di dapati di kawasan paya dan rasanya macam pucuk paku juga. Buat je masak macam pucuk paku dan anda pasti akan mengemarinya.



Umbut Lalir

Kulit batangnya di kupas bagi mendapatkan umbut di dalamnya. Rasa umbut ini agak pahit sedikit. Namun di katakan boleh dibuat ubat darah tinggi. Saya tidak pasti macam mana mereka memasaknya.


Umbut Palah
Umbut Palah adalah sebutan orang-orang tempatan. Ia di ambil dari pokok nipah. Dari daun dan lidi masih menjadi bahan utama hasil anyaman dan gubahan yang unik. Hasil kraftangan ini boleh di dapati di kedai yang menjual beranika jenis kraftangan di sekitar bandar Sibu.


PETAI
Anda tidak perlu risau tentang rindu nak makan petai jika anda berada di perantauan. Bagi anda yang gemarkan ulam-ulam tempatan, anda tidak akan ketinggalan dengan lain-lain ulam seperti jering, pegaga, pucuk selon dan lain-lain jenis pucuk yang agak asing bagi saya.


Ikan Sungai Batang Rajang.

Terdapat berbagai-bagai spesis ikan Sungai Batang Rajang. Diantara yang biasa di perolihi adalah lampam, tapah, baung, keli, sembilang, belida, ikan duri, patin, dan sebagainya.



Udang Galah

Udang memang banyak terdapat di dalam Sungai Batang Rajang dan Batang Igan. Namun secara keseluruhannya, semua sungai di Sarawak ada udang yang berbagai saiz.



Ikan Baung.

Kalau kena pada musim dia, memang banyak ikan-ikan baung ini di jual oleh orang-orang tempatan di pasar ini.

Selain itu, terdapat juga ikan yang paling mahal di Sarawak iaitu ikan Empurau yang kebanyakkannya terdapat di Song, Kapit dan Belaga.

Ulat mulong.

Diperolihi dari dalam pokok sago atau rumbia. Menjadi kegemaran bagi kaum iban dan melanau. Boleh di makan hidup-hidup bergitu saja, atau di masak dan di goreng.

Pengenalan

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum pribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat. Kebanyakan kaum-kaum Dayak ini masih tinggal di rumah-rumah panjang dan setengah-tengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung. Ada juga yang sudah tinggal menetap di bandar-bandar untuk mencari pekerjaan dan sara hidup yang lain.
Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.
Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964 apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang pertama adalah pada 1 Jun 1965. Sebelum itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan Rajah Brooke.
Sebenarnya, Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama lebih kurang sebulan yang bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun bagi masyarakat Dayak. Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung tikar.
Penanaman padi adalah aktiviti utama pada kehidupan orang Dayak sejak dahulu kala lagi kerana beras adalah makanan utama mereka. Selepas tamatnya musim menuai padi, sudah tentunya kaum Dayak mempunyai banyak beras. Jadi, sesuailah masanya untuk meraikan pesta-pesta tertentu yang diperlukan.

Persediaan sebelum Gawai Dayak

Persediaan untuk menyambut Gawai Dayak bermula bila tibanya bulan Mei dengan penapaian "tuak" iaitu sejenis minuman tradisi komuniti Dayak. Penapaian tuak mengambil masa selama kira-kira sebulan. Tuak dihasilkan daripada penapaian nasi pulut yang telah dimasak dan dicampur ragi sebelum disimpan dalam tempayan. Bila sudah ada sedikit air tuak tulen pada nasi pulut yang ditapai itu, air yang telah dimasak dan dicampur gula akan ditambahkan secukupnya mengikut banyaknya nasi pulut tersebut. Pada akhir bulan Mei, air tuak itu boleh ditapis dan diminum. Meminum tuak melambangkan kekuatan tenaga dan keberanian hati tanpa berbelah-bahagi.
Setelah siap membuat tuak iaitu selepas pertengahan bulan Mei, kaum wanita akan membuat kuih-muih tradisi orang Dayak yang dipanggil "sarang semut", "acuan" dan "kuih sepit". Kuih-muih ini diperbuat daripada tepung beras yang dicampur air, telur and gula lalu digoreng sehingga keras dan kering dalam minyak masak. Kuih-muih yang telah siap akan disimpan dalam tempayan atau tin supaya tahan untuk beberapa minggu tanpa basi sementara menunggu tibanya hari gawai.
Sebelum berakhirnya bulan Mei, gotong-royong untuk pembersihan dan perhiasan rumah panjang atau kampung boleh diadakan seperti mengecat atau membaiki bahagian-bahagian rumah yang rosak. Rumah panjang dibina mengikuti peraturan-peraturan tertentu supaya ia digunakan sebagai tempat kediaman dan juga tempat beribadat. Jadi, pembinaan arkitek ini mesti dikekalkan sepnajang masa. [1]

Selepas itu, acara pembersihan kubur selalunya diadakan setiap tahun sebagai tanda penghormatan bagi orang-orang yang telah meninggal seperti nenak-moyang, ahli-ahli keluarga, sahabat handai and masyarakat setempat.
Rumah panjang atau kampung seterusnya akan bermesyuarat untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa atau komiti bagi mengatur acara sambutan gawai pada 31hb Mei dan 1hb Jun. Acara-acara tradisi termasuklah meminum air panjang umur, perarakan menymabut Tuhan, pertandingan ratu cantik seperti pekit Kumang dan Keling bagi kaum Iban, pendirian pokok "ranyai", bermain muzik tradisi, menari tarian asal seperti ngajat dan datun jalut, persembahan seni mempertahankan diri dan menyanyikan puisi rakyat.
Pada zaman moden sekarang, acara sukanneka pada siang harinya, permainan sukaria, karaoke, bejoget dan disco boleh diselitkan untuk memeriahkan suasana gawai.
Peraturan-peraturan khas untuk dipatuhi oleh orang ramai juga akan ditentukan untuk menjaga suasana gawai yang meriah tanpa pergaduhan dan gangguan yang lain. Bagi kaum Iban, peraturan ini dipanggil "begeliga".

Perayaan pada hari pertama Gawai Dayak

Bila tibanya pagi 31hb Mei, orang ramai akan turun mencari bahan makanan dari hutan atau kebun terutamanya umbut yang sedap dimasak sup dengan daging haiwan. Ikan, haiwan liar dan sayuran hutan juga dicari untuk lauk-pauk sebelum gawai.
Selepas itu, orang ramai akan menyembelih haiwan ternakan sebagai lauk utama gawai. Sekarang ini, daging dan sayuran boleh dibeli di pasar-pasar terutamanya bagi mereka yang bekerja dan tinggal di bandar-bandar.
Nasi pulut "pansoh" (lemang) akan dimasak dalam ruas buluh supaya ada aroma istimewa daripada buluh tersebut yang tidak diperolehi jika dimasak dalam periuk. Nasi pulut inin adalah dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya melambangkan perpaduan di kalangan komuniti itu yang menjamahnya. Nasi pulut juga digunakan untuk membuat nasi manis dan tuak, sebagai salah satu sajian kepada para dewa dan membaling tiang chandi sewaktu gawai burung atau kenyalang.
Sementara itu, tikar-tikar anyaman tradisi dengan rekaan bunga-bungaan yang cantik dan berwarna terang akan dibentangkan di sepanjang ruai rumah. Jenis-jenis tikar tradisi termasuklah tikar bemban, tikar rotan dan tikar kulit kayu. Kain-kain tenunan atau ikatan tradisi yang dipanggil "pua kumbu" pula digantung di dinding-dinding sebagai perhiasan. Barangan kraft tangan yang lain seperti bakul dan topi besar boleh juga digantung di dinding-dinding bilik.
Pelantar istimewa dan tilam kapas empuk akan dibuat terutamanya di ruai Ketua Rumah atau Gawai sebagai tempat singgah-sana para tetamu khas yang dijemput hadir semasa upacara duduk berbaris mengikut kedudukan sosial masing-masing nanti.
Selepas semua persediaan ini siap, orang ramai mulalah mandi, berpakaian kemas dan bersedia untuk acara malam menyambut gawai pada 31hb Mei.

Perayaan pada malam pertama Gawai Dayak

Kira-kira jam 6 petang 31hb Mei, gong akan dipukul untuk mengumumkan permulaan upacara sambutan Gawai Dayak kepada semua orang.
Acara ringkas membuang roh hantu pembaziran yang dipanggil "Antu Rua" oleh kaum Iban akan dilakukan dengan mengheret sebuah penampi oleh dua orang budak atau lelaki supaya setiap keluarga boleh membuang sesuatu barang yang tidak berguna lagi untuk roh itu supaya ia tidak mengganggu perjalanan perayaan pesta gawai seterusnya selepas barang-barang itu dipersembahkan untuknya.
Seterusnya akan dilakukan upacara sajian dan penyembahan, yang dipanggil "miring" atau "bedara" oleh kaum Iban, di setiap bilik keluarga secara bergilir-gilir dari bilik ke bilik sepanjang rumah panjang atau kampung. Upacara ini bertujuan sebagai tanda kesyukuran untuk tahun yang telah berakhir dan memohon panjang umur, kesihatan dan rezeki pada tahun akan datang.
Bagi mereka yang ada mendapat ubat dan pengaroh (azimat) terbaru, mereka bolehlah terus membuat kesyukuran atas pemberian barangan itu bersama sekali. Sekarang ini, beg duit juga akan dikeluarkan bersama sewaktu upacara sajian ini untuk mendoakan rezeki yang lebih baik pada masa akan datang.
Bagi kaum Iban, pelbagai bahan sajian persembahan tradisi kepada dewa-dewa mereka termasuklah daun rokok dan tembakau, daun sirih dan buah pinang, ketupat dan sungkoi, penganan dan tumpi, nasi pulut dan nasi manis, cuwan dan sarang semut, rendai, telur ayam dimasak dan tuak selainnya. Bilangan setiap jenis barangan sajian ini selalunya bergantung kepada berapa ramai dewa yang dijemput hadir dan untuk Gawai Dayak adalah 5 biji sebagai sajian untuk tujuan memohon ampun dan pergi berusaha pada tahun hadapan. Jumlah agihan sajian bergantung kepada berapa tempat yang ingin diberikan sajian biasanya pada empat sudut bilik besar, satu di atas dapur, satu di atas tempayan beras, satu di ruai, satu di verandah, satu di huma atau sawah, satu di kebun, satu pada kenderaan dan satu sajian untuk setiap harta yang dimiliki jika ada.
Komuniti Dayak percaya pada seorang Bunsu Kree Petara dan ada tujuh orang dewa-dewa utama iaitu: dewa kegagahan dan peperangan yang digelar Sengalang Burong, dewa pertanian untuk hasil tuaian yang lumayan iaitu dipanggil Sempulang Gana, dewa kesihatan dan panjang umur yang bernama Menjaya Manang, dewa kekayaan dengan namanya Anda Mara, dewa pembuatan dan kesuburan yang dipanggil Selampandai, dewa kepercayaan yang disebut Biku Bunsu Petara dan akhir sekali Ini Inee/Andan sebagai seorang doktor semulajadi dan dewa keadilan. [2] Inilah sebabnya komuniti Dayak akan membilang dari satu hingga tujuh bila memulakan doa.
Untuk memulakan upacara sajian persembahan kepada para dewa, seekor ayam akan dihayunkan di atas kepala semua yang hadir. Hanya orang-orang terhormat dijemput menyajikan bahan-bahan persembahan itu ke dalam pingan tembikar atau bakul kulit buluh. Mereka akan membuang separuh air tuak sebagai "pedara" dalam beberapa gelas dan separuh lagi diminum oleh mereka sendiri. Air tuak yang dibuang ke tanah itu adalah diberikan kepada para dewa, orang kenamaan kayangan dan roh nenak-moyang untuk memberitahu upacara sajian akan dilakukan. Rendai akan ditaburkan untuk memberitahu upacara sajian bermula. Ada turutan atau giliran untuk mengambil bahan-bahan itu supaya nampak ada perhiasan pada sajian persembahan itu. Selalunya penganan akan diletakkan di tengah-tengah pingan diikuti oleh daun rokok dengan tembakau, daun sirih dibalut kapur dengan buah pinang, ketupat dan sungkoi, tumpi, nasi pulut dan nasi manis, rendai, telur ayam dan akhir sekali tuak ditaburkan atau disimpan dalam cawan ruas buluh.
Setelah sajian untuk para dewa siap dibahagikan mengikut bilangan yang betul dan agihan yang cukup, ketua rumah panjang atau kampung akan membaca doa sambil memegang dan menghayunkan seekor ayam di atas sajian tadi. Selesai saja doa ini, ayam tersebut akan disembelih dan bulu-bulu sayapnya akan dilumuri darah ayam itu sebelum diletakkan pada bahan persembahan tadi. Ayam itu boleh dibersihkan untuk dimasak sebagai jamuan atau dipanggang terus untuk semua yang hadir pada upacara sajian itu. Sajian para dewa itu akhirnya digantung pada tempat-tempat tertentu. Bagi orang Dayak yang telah memeluk agama Kristen, mereka akan bersembahyang untuk menggantikan upacara persembahan sajian ini.
Selepas itu, makan malam untuk seisi keluarga bagi setiap bilik dalam rumah panjang atau setiap rumah dalam sesebuah kampung akan menyusuri. Inilah makan malam besar yang wajib dihadir semua keluarga setelah lama tidak berjumpa dan masing-masing mencari rezeki di mana-mana boleh. Makan malam ini boleh diadakan di ruai setiap bilik rumah panjang supaya boleh makan beramai-ramai di sepanjang ruai rumah panjang. Bagi orang kampung, mereka boleh makan di sesebuah buah rumah atau di balai raya masyarakat. Maljis makan ini adalah di lantai ruai rumah yang dibentangkan tikar-tikar untuk duduk walaupun sekarang meja dan kerusi ada digunakan untuk yang mampu membeli. Biasanya komuniti Dayak makan dengan menggunakan tangan dan air basuh tangan akan disediakan.
Selepas makan malam, acara perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Jadi, acara-acara rasmi yang telah persetujui sewaktu mesyuarat komiti rumah panjang akan dilaksanakan satu demi satu. Satu acara penting tepat jam 12 malam adalah meminum air panjang umur. Tetapi sementara menunggu kedatangan tengah malam itu, beberapa acara rasmi akan diadakan seperti berkumpul di ruai ketua rumah panjang atau di balai raya kampung, perarakan menyambut para dewa, pertandingan ratu cantik dan permainan sukaria terutamanya untuk kanak-kanak jika sempat.
Tawak akan dipukul untuk memanggil semua penghuni rumah panjang supaya datang duduk di ruai ketua rumh panjang taua di balai raya kampung. Mulanya, semua orang-orang utama akan duduk berbaris sepanjang di dinding ruai atas dalam upacara duduk berbaris yang dipanggil "bedigir" oleh kaum Iban. Setelah itu, peraturan-peraturan khas dengan hukumannya sekali akan diumumkan kepada semua hadirin supaya perayaan gawai berjalan dengan lancar tanpa gangguan, pergaduhan dan malapetaka yang luarbiasa. Acara ini dipanggil "begeliga" oleh kaum Iban.
Berikutnya, ketua rumah panjang atau kampung akan berucap kepada semua anak buahnya dan diikuti oleh anak-anak buah yang telah berjaya dalam persekolahan dan kehidupan mereka. Tujuan semua ucapan itu adalah untuk memuji kejayaan pada tahun yang sudah-sudah dan memberi motivasi serta galakan kepada semua untuk berusaha mencapai kejayaan dalam hidup pada masa akan datang. Anak-anak murid sekolah yang telah berjaya dalam peperiksaan selalunya akan diberikan hadiah wang tunai sebagai galakan.
Sebelum tibanya tengah malam, satu perarakan untuk menyambut kedatangan para dewa akan diadakan sepanjang rumah panjang atau balai raya sebanyak tujuh kali. Pakaian tradisi dengan perhiasan logam duit siling, logam perak, kulit siput dan manik akan dikenakan. Contohnya, orang lelaki kaum Iban akan memakai cawat sirat, baju burung, baju perisai kulit "gagong", topi lelanjang (berhiaskan bulu burung merak dan kenyalang) dan hiasan perak serta dilengkapi oleh sebuah perisai, sebilah parang dan tombak. Orang perempuan kaum Iban pula memakai kain tenunan betating pada pinggang, perisai tembaga (rawai tinggi) pada tubuh, selendang selampai, rantai laboh (marik empang), sikat sugu tinggi, tali pinggang (lampit pirak), anting-anting perak dan gelang-gelang perak pada lengan dan kaki. Tubuh badan kaum lelaki selalunya sudah diukir dengan corak-corak tradisi seperti hidupan darat dan laut sebelum itu mengikut pengembaraan dan pengalaman seseorang itu [3] atau diukir sementara waktu untuk acara ini.
Pada waktu perarakan itu, pertandingan Kumang dan Keling boleh diadakan untuk memilih seorang pemenang perempuan dan lelaki yang akan masing-masing digelar "Kumang Gawai" dan "Keling Gawai" bersama hadiah-hadiah yang diberikan. Gelaran ini sungguh bermakna bagi kaum Iban kerana Kumang dan Keling adalah heroin dan hero mistik yang tinggal di dunia kayangan dan selalu memberikan petolongan dalam kehidupan kaum Iban pada masa lampau.
Sementara itu, makanan dan minuman tradisi yang telah disediakan sebelum ini akan terus dihidangkan kepada sesiapa yang ingin menjamu selera. Ahli-ahli keluarga dan sahabat handai mula datang berkunjung dan melawat dalam acara rumah terbuka yang akan diteruskan untuk beberapa hari berikutnya. Acara tradisi kunjung -mengunjungi ini dipanggil "ngabang" oleh kaum Iban untuk semua rumah=rumah panajng dan lampung yang semakan dengan sesebuah rumah panjang.
Tepat jam 12 malam pada 31hb Mei, sebuah gong akan dipukul untuk memberitahu semua orang supaya bersedia dengan minuman panjang umur masing-masing. Ketua rumah panjang atau kampung akan dilantik untuk membacakan doa jampi supaya minuman itu memberikan panjang umur, kesihatan dan rezeki kekayaan pada tahun akan datang. Bagi kaum Iban, air panjang umur yang dipanggil "ai pengayu" akan ditimang oleh lemambang (pemuisi) sebelum diminum oleh orang ramai. Biasanya tuak akan dijadikan air panjang umur dan selepas itu, minuman jenis lain seperti yang berjenama mahal-mahal belaka akan dibahagikan. Mulanya semua hadirin bersalaman untuk mengucapkan "Selamat Hari Gawai" dan diikuti oleh ungkupan pendek "Gayu-guru, Ngerai-Nyamai dan Senang-lantang nguan menoa" yang bermaksud "Semoga panjang umur, sihat walafiat dan murah rezeki ketika hidup di dunia".
Selepas tengah malam, suasana akan dimeriahkan lagi dengan acara pokok kehidupan, pertandingan tarian tradisi seperti ngajat dan datun jalut, meminum tuak dan menyumpit serta permainan bersukaria.
Salah satu acara utama yang sentiasa diadakan ialah mendirikan sebatang pokok kehidupan yang dikenali sebagai "ranyai" oleh kaum Iban di tengah-tengah ruai selalunya di ruai ketua rumah panjang atau di balai raya kampung jika belum didirikan pada siang hari tadi. Pokok ini diperbuat daripada bahagian pucuk kelapa, aping, rumbia atau pohon pisang di mana umbutnya boleh dimasak dan dimakan bersama oleh orang ramai. Sebiji gong akan dipukul untuk mengajak semua orang mendirikan pokok itu bersama-sama dan membawa sumbangan masing-masing untuk digantung sebagai buah-buah pokok itu. Pokok ini mestilah lebat buahnya untuk untuk menggembirakan rombongan para dewa, para jemputan dan para hadirin sekalian.
Pokok ranyai itu akan dihiasi dengan menggantungkan buah-buahnya yang berupa sumbangan makanan dan minuman untuk dicantas dan diambil oleh para penari ngajat yang menari mengelilingi pokok itu sebagai hadiah. Beberapa biji buah kelapa selalunya turut digantungkan pada pokok itu sebagai lambang kepala musuh sewaktu masa dahulu. Jadi, para penari lelaki bolehlah secara simbolik memenggal kepala musuh yang diwakili oleh buah-buah kelapa itu. Sebenarnya, dikatakan asal-usul tarian ngajat adalah daripada budaya mengayau pada dahulu kala di mana para pengayau yang berjaya dialu-alukan dengan muzik tradisi dan mereka yang gembira menari-nari meraikan kejayaan itu.
Pertandingan tarian tradisi boleh diadakan pada waktu menari mengelilingi pokok ranyai ini. Tarian ngajat ada beberapa jenis seperti ngajat perempuan, ngajat lelaki, ngajat pua kumbu, ngajat lesong, ngajat pahlawan, ngajat bebunuh dan sebagainya mengikut kreativiti si penari. Selain tarian ngajat, orang lelaki bolehlah menunjukkan seni mempertahankan diri seperti kuntau (silat jari) dan penca (silat parang).
Tarian tradisi ini diiringi oleh muzik tradisi. Bagi kaum Iban, set muzik tradisinya terdiri daripada satu set engkerumong (gong kecil), sebiji tawak (gong besar), sebuah bebendai (gong leper) dan sebatang gendang. Sape adalah alat muzik kaum Orang Ulu yang dimainkan untuk tarian tradisi yang dipanggil "datun jalut" dan "nganjak lansan".
Jika dipersetujui oleh semua, sebuah bakul dikaitkan pada pokok itu untuk para penari memberi sumbangan derma untuk komiti rumah panjang atau kampung. Wang derma ini boleh digunakan untuk tujuan kebajikan ahli-ahli rumah panjang pada masa-masa kesulitan seperti sakit tenat atau kematian, atau untuk projek-projek khas seperti membeli alat pencegah kebakaran rumah panjang atau kampung.
Satu lagi acara pada pokok "ranyai" itu ialah menyediakan sebiji batu geseran di dalam sebuah dulang berair. Memang sudah menjadi tradisi, batu yang agak kasar sedikit digunakan oleh kaum perempuan menggeser kulit untuk membuang daki sewaktu mandi. Jadi, sesiapa boleh menggeser bahagian belakang atas sendiri dengan batu itu sebagai tanda simbolik untuk mendoakan "kesejukan" atau keselamatan dalam kehidupannyan pada masa akan datang.
Selain itu, acara untuk orang-orang dewasa Dayak yang berbakat dalam mainan suara puisi rakyat selalunya disertakan untuk memeriahkan suasana sambutan Gawai Dayak dan menyuburkan warisan kebudayaan komuniti Dayak sendiri. Misalannya, puisi-puisi rakyat kaum Iban termasuklah pantun, pelandai, ramban dan sebagainya.[4]
Salah satu acara kesukaan ramai sekarang adalah pertandingan menyumpit menggunakan sebatang sumpitan dan anak panahnya yang dipanggil "laja" oleh kaum Iban. Sumpit adalah sebatang kayu lurus sepanjang kira-kira 9 kaki dan yang digerudi pada tengah-tengahnya. Pada masa dahulu, sumpit digunakan untuk memburu binatang buas dan burung liar pada masa dahulu kerana hujung anak panahnya direndam dalam sejenis racun daripada kulit kayu hutan. Kawasan yang terkena sekitar anak panah beracun itu akan dibuang secepat mungkin bagi mengelak bahaya daripada dimakan. Sekarang ini, sasaran pertandingan menyumpit bolehlah berupa belon, tembikai atau mentimun.
Permainan sukaria tradisi biasanya diadakan untuk orang dewasa seperti pertandingan meminum tuak, lawan lengan (bibat lengan), lawan kaki (bapatis), tarik sebatang kayu (Batarit lampong) dan tarik tali. Pada zaman sekarang, permainan sukaria kanak-kanak adalah seperti bersembunyi dan mencari, berlari dalam guni, berlari berpasangan dengan sebelah kaki diikat bersama, meniup belon dan kerusi muzik. Acara permainan ini boleh diadakan pada keesokan harinya jika masa tidak mengizinkan pada malam 31hb Mei terutamanya jika acara pokok ranyai menjadi panjang kerana kemeriahan dan keseronokannya yang menghiburkan semua.
Sambutan Gawai Dayak pada malam 31hb Mei berakhir dengan "penebangan" pokok "ranyai" bila malam telah menjelang sumbuh. Hanya seorang tua yang berstatus tinggi dan dihormati akan disuruh menebang batang pokok itu. Penari ngajat yang lain hanya boleh mencantas dahan-dahan pokok itu dan buah-buahnya. Selalunya seekor ayam akan turut disertakan pada pokok itu. Jadi, ayam ini akan disembelih bila tumbangnya pokok itu dan dibersihkan untuk dimasak bersama-sama oleh orang ramai sebelum bersurai untuk berehat atau tidur kerana acara hari esok sedang menanti.

Perayaan pada hari kedua Gawai Dayak

Pada keesokan harinya, setiap bilik dalam sesebuah rumah panjang atau kampung akan bersedia untuk acara rumah terbuka kepada orang ramai dengan menghidangkan makanan dan minuman di bilik atau di ruai mereka. Orang Dayak akan terus berpesta sambil bersukaria sesama sendiri.
Jika ada para tetamu jemputan khas, acara menyambut tetamu akan diadakan oleh seluruh warga rumah panjang atau kampung. Selalunya, sebuah kuta yang berupa sebatang buluh dan digantungkan sehelai kain tradisi akan direntangkan pada jalan ke arah rumah panjang atau balai raya kampung. Selepas melafazkan puisi kata-kata untuk membuka kuta, ketua tetamu akan diminta untuk mencantas kuta tersebut dengan sebilah parang tajam. Acara simbolik ini menandakan semua halangan atau rintangan yang ada telah pun diatasi supaya rumah itu pun terbuka untuk tetamu.
Sebelum naik ke rumah, ketua tetamu sekali lagi diminta melembing seekor haiwan yang disediakan di kaki tangga rumah oleh pihak tuan rumah. Acara ini secara simbolik menandakan persembahan kepada para dewa and ampun-mengampuni antara pihak tuan rumah dan para tetamu dengan mengalirnya darah haiwan itu ke tanah di kaki tangga. Haiwan itu akan dibersihkan dan dimasak sebagai hidangan makanan untuk semua orang.
Bila saja tetamu masuk ke rumah, mereka terus dijamu minuman yang dinamakan air naik dan air haus oleh sekumpulan perempuan yang berbaris menyambut ketibaan mereka di kiri dan kanan kepala tangga atau pintu rumah. Adalah menjadi amalan tradisi bagi orang yang memberi minuman kepada seseorang akan minum atau merasa sedikit daripada air minumannya dahulu sebelum memberikan minuman kepada orang lain. Amalan ini membuktikan minuman itu adalah sedap dan selamat untuk diminum. Jika tidak, seseorang boleh menyuruh orang yang memberi minuman itu supaya merasa minumannya dahulu sebelum menerima pelawaan untuk minum.
Jika pemberi minuman enggan merasa minumannya duluan, orang lain berhak menolak pelawaan minumnya. Ini penting kerana dahulu sesetengah orang Dayak terkenal dengan ubat dan azimat pengaroh yang boleh bertujuan baik atau jahat terutamanya bila berdepan dengan orang yang tidak disenangi atau seseorang itu ingin mencuba kerberkesanan ubat atau azimatnya.
Satu lagi amalan acara jamuan minuman ini ialah semua orang menggunakan atau berkongsi satu gelas yang sama. Jadi, si penjamu minuman tak payahlah terpaksa minum dahulu sebelum setiap orang lain kerana dia boleh minum dahulu sekali sahaja pada permulaannya dan dengan nyaring sekali mengumumkan dia akan merasa minumannya duluan supaya didengar dan dilihat oleh sekumpulan orang lain yang ingin dijamunya. Pada masa sekarang, sebuah dulang berisi air akan dibawa bersama penjamu minuman untuk membasuh gelas atau cawan yang digunakannya menjamu minuman. Ada juga orang yang pandai meneguk minumannya tanpa bibirnya menyentuh gelas atau cawan itu.
Perarakan tetamu terus diadakan dengan berjalan sepanjang rumah panjang sebelum dipersilakan duduk di ruai ketua rumah atau ketua gawai. Perarakan ini didahului oleh sekumpulan penari tradisi lelaki dan perempuan yang memakai pakaian tradisi berwarna-warni, diikuti oleh rombongan tetamu dan diiringi oleh sekumpulan pemuzik tradisi. Sewaktu perarakan ini, semua penghuni rumah panjang akan berdiri dan berbaris di kanan dan kiri ruai sambil mengucapkan selamat datang dan berjabat tangan pda zaman sekarang. Ketua rumah atau ketua gawai akan melaungkan kepada semua untuk menerima para tetamu yang sedang diarakan itu: Sila sambut, sambutlah para tetamu dengan segala hormatnya!
Selepas para tetamu dipersilakan duduk, mereka akan didoakan oleh ketua rumah atau ketua gawai dengan memegang dan menghayunkan seekor ayam supaya kunjungan mereka membawa berkat dan malapetaka dihindari. Selesai doa ini, para tetamu terus dijamu minuman beberapa kali yang dinamakan air basuh, air untung dan air hormat yang harus diterima tetamu sebagai tanda hormat-menghormati. Lagi sekali, orang yang membahagi minuman itu akan minum duluan sebelum para tetamu. Selepas minum, upacara sajian "miring" yang ringkas diadakan untuk menyambut tetamu dan para tetamu diundang untuk menyediakan sajian itu untuk memohon ampun dan roh pembaziran.
Kemudian, acara ucapan rasmi dimulakan. Ketua tuan rumah menyampaikan ucapan alu-aluan, selamat datang dan selamat hari gawai kepada tetamu jemputan khas dan hadirin semua. Ketua tetamu pula akan diminta untuk membalas ucapan tuan rumah dan akan menyampaikan pertolongan jika ada. Selalunya jika orang kenamaan yang dijemput seperti pemimpin masyarakat atau ahli politik, mereka akan membawa buah tangan dengan memberikan sumbangan derma atau projek kecil.
Seterusnya, barulah acara makan dan minum tetapi sebelum itu sejenis ungkupan puisi membuka selimut makanan dan minuman akan dilafazkan oleh seseorang yang berbakat selalunya lemambang (pemuisi). Makanan dan minuman yang disediakan khas itu akan diselimuti dulu dengan kain tradisi "pua kumpu" yang akan dibuka setelah dipuisikan. Ini secara simbolik menandakan hidangan telahpun disediakan dengan rapi dan semua para hadirin dijemput untuk menjamu selera.
Pada masyarakat Dayak, adalah menjadi tradisi semua hadirin termasuk jemputan dan tuan rumah makan bersama-sama serentak. Sebagai tanda kemesraan dan hormat, adalah adat asal kaum Dayak menghidangkan makanan secara langsung kepada para tetamu berbanding cara layan diri atau "buffet" yang lazim sekarang ini. Para hadirin akan diminta duduk berbaris dalam deretan sepanjang ruai rumah panjang untuk majlis makan. Sekumpulan anak muda dari tuan rumah akan menghulurkan pinggan kepada semua hadirin secukupnya sebelum membahagikan makanan kepada semua satu demi satu. Cara ini dapat memastikan semua hadirin dapat makan dan hidangan makanan adalah mencukupi tanpa pembaziran makanan. Jadi, pihak tuan rumah dan para tetamu makan dan minum jamuan yang sama.
Bagi masyarakat Dayak, adalah menjadi adat hormat untuk menawarkan makanan dan minuman kepada tetamu walaupun seseorang itu mungkin adalah orang asing atau haiwan ternakan yang mungkin sesat jalan. Sekurang-kurangnya, nasi dan garam akan ditawarkan jika tiada lauk-pauk lain. Pada zaman dahulu, seseorang tangkapan perang boleh diangkat menjadi ahli keluarga penangkapya jika dia telah berkhidmat dan berjasa kepada tuannya melalui Gawai Batimbang (Pesta Mengangkat Ahli Keluarga). Sampai begitulah betapa masyarakat Dayak mesra hormat dan kasih sayang kepada orang lain dan sesama sendiri. Kalau ada silap salahnya akan diselesaikan dengan cara adat istiadat tradisi dengan memegang prinsip "Hal kecil dijadikan tiada manakala hal besar dijadikan kecil".[5]
Acara tradisi sabong ayam jantan biasanya akan diadakan oleh kaum lelaki semasa gawai. Seorang ketua sabong akan dilantik untuk menentukan kalah menang dan peraturan-peraturan sabong. Sebenarnya, acara laga ayam ini adalah amalan kepercayaan tradisi dan aktiviti masa lapang komuniti Dayak yang terkenal. Oleh itu, komuniti Dayak mempunyai pengetahuan mengenali jenis-jenis bulu dan sisik kaki ayam jantan yang menandakan nasib dan kemenangannya. Pada asalnya, acara sabong tradisi hanyalah untuk tiga kali perlawanan saja di bahagian verandah (tanju) rumah panjang dan selepas itu ia adalah acara bebas bagi yang berminat untuk disambung di tanah lapang di luar rumah.[6]
Sebelum gawai, ayam-ayam jantan yang baik-baik belaka akan dipilih untuk dipelihara khas dengan mengikat kakinya (ditambat dalam bahasa Iban) atau disimpan di dalam sebuah reban di luar rumah. Ayam-ayam sabung ini akan dibela sebaik mungkin, diberi makan minum secukupnya, dimandikan di air, dilatih berlawan dan akhir sekali diberi ilmu kebal sebelum melagakannya. Sebelum hari menyabung, seorang lemambang (pemuisi) akan diminta untuk mengdeklamasikan "renong sabung" pada malam sebelum hari menyabung yang mengisahkan sejarah menyabung ayam.
Pada zaman sekarang, acara kunjung-mengunjungi akan diatur supaya ada yang menunggu untuk dikunjungi dan ada yang dijemput untuk mengunjungi. Ini bertujuan mengelak percanggahan acara di antara rumah-rumah panjang sekitarnya. Tarikh=tarikh gawai tertentu akan diumumkan lebih awal demi mengelak percanggahan ini. Tarikh-tarikh gawai akan disusun satu demi satu.

Perayaan gawai-gawai sebenar sekitar Gawai Dayak

Beberapa hari sebelum atau selepas Gawai Dayak pada 31hb Mei dan 1hb Jun, ada beberapa jenis gawai sebenar bagi komuniti Dayak yang selalunya diraikan kerana bekalan beras yang banyak selepas musim menuai padi.
Gawai Bersimpan Padi akan diraikan untuk upacara menyimpan sejumlah padi yang banyak di atas siling (sadau) rumah sebagai tempat kediaman roh padi dan mengelakkan kecurian atau makluk perosak. Gawai ini diadakan apabila siap menggugurkan bijian padi daripada tangkainya, mengipas untuk mengasingkan biji padi berisi daripada hampanya dan mengeringkan biji padi bernas untuk disimpan dalam jangka masa yang panjang. Akhir sekali, padi daripada huma atau sawah yang jauh daripada rumah akan diangkut ke rumah untuk keselamatan padi itu.
Sebelum memulakan musim penanaman padi yang baru, Gawai Batu [7] boleh diraikan untuk mengasah tajam peralatan logam pertanian seperti parang dan beliong atau kapak sekarang ini.
Gawai Lelabi (Majlis Perkahwinan atau Melah Pinang [8] dalam bahasa Iban) selalunya diadakan pada musim ini kerana ramai yang pulang ke kampung halaman sewaktu cuti Gawai Dayak. Bagi kaum Iban, adat "nguai" iaitu samaada pengantin perempuan mengikuti pengantin lelaki tinggal di rumahnya atau sebaliknya akan diputuskan dahulu sebelum berlangsungnya perkahwinan. Semasa maljis perkahwinan, pasangan mempelai itu akan selalunya memakai pakaian tradisi dan duduk di pelamin tawak supaya ahli-ahli keluarga dari kedua-dua belah boleh mengucapkan selamat pengantin baru kepada raja dan ratu sehari itu. Doa perkahwinan akan dilakukan oleh seseorang yang dihormati seperti ketua rumah sambil memegang dan menghayunkan seekor ayam di atas kepala mereka. Dewa yang diminta untuk memberkati perkahwinan mereka ialah Selampandai sebagai dewa pembuatan supaya perkahwinan itu berkekalan hingga ke anak cucu dan mereka melahirkan ramai anak sebagai waris.
Antara gawai-gawai lain yang boleh didirikan selepas musim menuai padi bila ada banyak beras ialah Gawai Pangkong Tiang [9] untuk memohon restu keselamatan, kesihatan dan rezeki selepas berpindah ke rumah baru, Gawai Tuah untuk mencari dan memasukkan nasib, Gawai Tempayan untuk memasukkan tempayan tembikar yang baru dipeolehi[10], Gawai Roh untuk meraikan roh-roh orang yang telah meninggal[11], Gawai Kalingkang, Gawai Burung untuk memberi makan burung-burung bisa mengikuti kepercayaan asal dan Gawai Kenyalang untuk menaikkan patung burung enggang di atas tiang yang tinggi sebagai tanda simbolik memohon petolongannya menjemput dewa kegagahan dan menyerang musuh[12]. Gawai Mimpi juga boleh diadakan pada masa ini untuk bersyukur atas mimpi yang baik atau menawar mimpi yang buruk.
Ada juga yang mengambil peluang ini untuk mengadakan Gawai Sakit[13] selepas usaha penyembuhan lain seperti "begama" dan "belian" gagal mengubati si pesakit. Dua lagi upacara penyembuhan ajaib yang agak besar ialah "besugi sakit" dan "berenong sakit". Si pesakit boleh juga pergi "nampok" atau bertapa untuk mencari penyembuhan ajaib.
Di samping itu, ada yang mendirikan Gawai Betambah Bulu untuk membuat sehelai baju berbulu yang boleh dipakai bila-bila terasa tidak sedap tubuh badan dan Gawai Menangga Langit untuk memohon pengampunan jika telah disuruh dalam mimpi untuk melakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan kerana sebab-sebab tertentu.
Jika tidak meraikan sesuatu gawai sebenar, seseorang Dayak akan meraikan Gawai Dayak pada umumnya. Jadi, Gawai Dayak adalah musim perayaan bagi pelbagai jenis pesta tradisi dan sosial. Gawai-gawai sebenar ini akan menjemput para tetamu daripada kawasan sekitar.
Setiap kaum Dayak mempunyai pesta-pesta tradisi tersendiri tetapi mereka semuanya merayakan pesta menuai. Kaum-kaum Dayak di Kalimantan juga meraikan beberapa pesta-pesta tradisi pada sekitar musim menuai ini. Musim menuai berlaku pada jangka waktu yang lebih kurang sama kerana musim permulaan penanaman bergantung kepada faktor geografi iaitu kedudukan Bintang Banyak dan Bintang Tiga [14] yang boleh dilihat oleh semua manusia di langit pada waktu malam.

Perayaan Pra-Gawai Dayak

Sekarang, Gawai Dayak diadakan pada peringkat daerah, bahagian dan negeri di Sarawak. Acara yang memeriahkan suasana perayaan Gawai Dayak sudah tentunya Pertandingan Ratu dan Raja Gawai yang dikenali sebagai "Kumang Gawai" dan "Keling Gawai". Pertandingan ini bermula di peringkat daerah, kemudian ke peringkat bahagian dan kemuncaknya pada peringkat negeri.
Di bandar-bandar, Gawai Dayak diraikan di sesuatu tempat seperti restoran atau hotel. Oleh kerana, ramai kaum Dayak yang akan balik kampung untuk meraikan Gawai Dayak di rumah-rumah panjang masing-masing pada pengujung bulan Mei, program pra-gawai diraikan biasanya pada awal bulan Mei. Pesta Pra-Gawai di bandar-bandar adalah mirip perayaan Gawai Dayak di rumah panjang atau kampung.
Selalunya, sebuah persatuan Dayak atau komiti gawai akan ditubuhkan di sesuatu daerah atau bahagian. Sebuah tempat akan dipilih dan sejumlah meja akan ditempah dengan tiket dijual kepada orang ramai yang ingin bersama meriakan gawai. Seseorang tetamu khas seperti orang kenamaan akan dijemput yang selalunya akan memberikan derma kepada persatuan Dayak berkenaan. Tuak akan disediakan untuk setiap meja. Makanan dan minuman ditempah dari restoran atau hotel. Makanan tradisi pansoh ayam dan umai akan disediakan oleh komuniti Dayak setempat untuk dikongsi dengan orang ramai. Pokok ranyai akan didirikan. Upacara "miring" juga dilakukan. Ada tarian tradisi dengan muzik tradisi dipersembahkan. Pertandingan Kumang dan Keling juga diadakan. Pantun boleh juga dinyanyikan oleh seseorang yang pandai atau dimainkan dari cekera padat. Karaoke lagu-lagu Dayak selalunya disertakan. Acara penutupan iaitu menggulung tikar pun diadakan di bandar-bandar.

Penutupan Gawai Dayak

Pada akhir bulan Jun, majlis penutupan Gawai Dayak akan diadakan dengan acara simbolik menggulung tikar yang dipanggil "Ngiling bidai" oleh kaum Iban. Acara ini merupakan maljis kecil atau sederhana di mana ada makan minum setakat yang masih ada, pokok ranyai yang lebih kecil boleh didirikan, diikuti tarian ngajat sekurang-kurangnya dan tuak peruk mungkin dihidangkan. Ruak peruk disediakan daripada hampas nasi pulut yang tinggal dalam tempayan setelah air tuaknya hampir habis diminum. Jadi, tuak peruk selalunya berwarna putih. Akhir sekali, sebuah tikar yang dipanggil "bidai" akan digulung untuk menandakan tutupnya perayaan Gawai Dayak.

Petani Debak Aktif Di Pasar Minggu( sumber pendapatan)

Monday, 18 July 2011






oleh Hazemi Hj Entek

Hari Ahad atau hari minggu merupakan hari yang paling sibuk dan meriah di Pekan Debak. Pada hari tersebut, pekan Debak di penuhi ramai tetamu dan pengunjung bukan sahaja dari persekitaran Debak malah ramai pengunjung dari luar kawasan datang sejak awal pagi lagi. Dengan kehadiran ramai pengunjung dan tetamu itu menyebabkan setiap ruang menjadi sesak sehingga tempat yang disediakan untuk meletak kereta tidak mencukupi.

Sesiapa yang pernah pergi membeli belah di Pekan Serikin, Bau, begitulah gambaran yang berlaku di Pekan Daerah Kecil Debak.'Sungguh meriah dan hari Ahad merupakan hari yang paling sibuk, susah untuk mencari tempat letak kereta, keluh seorang tetamu yang mengunjungi Pekan Debak'. Hampir setengah jam mencari tempat letak kereta, kata Cikgu Baharon,itu pun terpaksa menyorok di sisi jalan.

Koresponden Sarawak Update hari ini meninjau secara dekat suasana meriah di Pekan Debak yang disifatkan oleh para pengunjung itu seperti apa yang berlaku di Serikin. Setiap hari Sabtu dan Ahad Pekan Debak sentiasa sibuk dengan para tetamu dan pengunjung. Pada hari tersebut bermacam-macam jualan dipasarkan oleh para petani, pekebun dan nelayan. Yang uniknya, pada hari tersebut segala bentuk jualan semuanya ada seperti ikan segar ( ikan sungai dan ikan dari laut ),ikan masin, perkasam,sayur - sayuran, buah-buahan dan banyak lagi.

Sememangnya, pada masa dua hari itu peluang para petani, nelayan dan pekebun serta sesiapa sahaja yang berdagang pada hari itu pasti mendapat pulangan hasil wang ringgit yang lumayan dan berlipat ganda. Sumber ekonomi rakyat dapat dipertingkatkan. Tetapi adakah sumber tersebut hanya diperolehi oleh rakyat hanya pada hari mingu atau hari kelepasan am sahaja. Kerajaan perlu memikirkan dalam usaha untuk mempertingkatkan sumber ekonomi tersebut, diharap agensi-agensi kerajaan seperti FAMA atau jabatan pertanian perlu mengadakan satu tapak khas untuk para petani menjualkan produk mereka pada bila-bila masa bukan pada hari Ahad sahaja.

Mungkin dengan langkah tersebut, akan dapat melahirkan para petani supaya lebih agresif atau rajin mengusahakan tanah terbiar untuk bercucuk tanam yang akhirnya hasil-hasil tani mereka dapat dipasarkan di tempat tersebut.

Dalam pada itu juga, bagi mengelak suasana laluan sesak, pihak kerajaan juga perlu menambah atau memperbanyakkan lagi tempat letak kereta supaya pengunjung berasa selesa dan tidak sukar mencari tempat meletak kereta.

Dalam usaha untuk memperkukuhkan sumber pendapatan dan ekonomi rakyat berpanjangan, rakyat amat berharap agar ada sokongan dan bantuan dari wakil rakyat untuk membangun setiap tanah yang terbiar dengan kegiatan yang berfaedah dan menguntungkan.

Kuih Sepit atau Kapit Mini

Asslamaualaikum,
kali ini bukan nak share  resepi, ni nak cerita tentang kuih sepit yang popular di Sarawak atau kat tempat lain mungkin dikenali sebagai kuih kapit. Di sarawak ini, biasanya kalau musim perayaan tahunbaru cina, kuih ini sebagai hidangan yang tidak kurang popularnya. Ini kuh tradisional, akan leceh juga membuatnya dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau saya memang tak sanggup nak duduk di depan dapur berjam-jam lamanya.

Kuih sepit yang tradisional biasanya digulung ataupun dilipat. Apa yang saya nak share di sini ialah keunikan kuih sepit ini. Penduduk di kampung ini sangat kreaktif. Mereka gulung kecil dengan mengguna sepit yang dibuat khas. Sepit tu bercabang memudahkan proses menggulung. Kemudian dipotong lebih -kurang panjang 1 inci. Bila buat macam ini, lebih mudah dimakan.

Tengoklah kuih sepit atau kapit mini



Adunan dimasuk dalam botol sos untuk memudahkan pengenadiannya.




Acuan yang diguna agak besar, yang ditempah khas. Itu kayu yang diguna untuk menggulung adunan yang masak.



hanya sedikit adunan diletak diatas acuan, kemudian kepitkannya..



Gulungkan adunan seperti dalam gambar



Kemudian guntingkan seperti ini.




kuih yang dah siap..


Debak sebuah pekan kecil yang komprehensif dan membangun terletak di antara Betong dan Saratok. Dengan menyelusuri Lebuhraya Pan-Borneo, Debak kini dapat diakses dengan jalan darat berturap. Dengan status sebagai sebuah daerah kecil, Debak menawarkan pelbagai kegiatan sosio- ekonomi kepada penduduk di sekitar kawasannya.
Sungai Rimbas yang mengalir lesu di dada Debak merupakan nadi utama perhubungan Debak dengan kawasan di sekelilingnya. Kegiatan pertanian merupakan ikon utama pekerjaan penduduk Debak. Sesuai dengan peredaran masa dan tahap intelek yang semakin tinggi, 35 peratus dari penduduk Debak sudah berkarier di sektor kerajaan, swasta dan menjadi usahawan.
Dilengkapi dengan kemudahan asas, Debak juga menjadi tumpuan kepada penduduk disekitar kejiranan daerah dengan pelbagai keunikan dan keistimewaan. Komposisi penduduk yang merangkumi Melayu, Iban dan Cina cukup menjadikan Debak sebuah kawasan yang mesra dan meriah.
Di Debak, terdapat beberapa penempatan Melayu yang menjadi sebahagian gugusan kelompok Melayu Saribas. Antaranya Debak sendiri yang terdiri dari Kampung Babu, Kampung Bungey, Kampung Lalang dan Kampung Debak Laut. Selain dari itu, Dit, Tuie dan Serabang juga merupakan penempatan Melayu Saribas di Debak.



KEMUDAHAN DI DEBAK





Debak jua dilengkapi pelbagai kemudahan awam yang lengkap menjadikan ianya tempat yang tidak ketinggalan dari arus kemodenan.
      Antara kemudahan yang ada di Debak ialah:
Pejabat Daerah Kecil Debak
Pejabat Daerah Kecil Debak menjadi nadi perhubungan dan komunikasi penduduk Debak dengan dilengkapi dengan Pejabat Pos Mini serta kemudahan seperti bilik mesyuarat dan pelbagai kemudahan lain. Sesuai dengan berperanan sebagai pusat pentadbiran bagi daerah kecil Debak dan di bawah kuasa SAO Frank Lani.
Amanat SAO Frank Lani

Klinik Kesihatan
Ditubuhkan sejak tahun 1972, Klinik Kesihatan Debak telah menjadi aset penting dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan rawatan kepada penduduk di sekitar Debak. Kini, dilengkapi dengan bangunan baru, Klinik Kesihatan Debak terus memacu kehadapan dalam meningkatkan kualiti hidup kepada penduduk Debak.

Balai Polis
Balai Polis Debak telah wujud di tapak lamanya sejak tahun  50-an. apa yang dikesali, tiada usaha memulihara dan pengekalan warisan dilakukan untuk menjaga salah satu warisan di Debak.
Sungguhpun demikian, Balai Polis telah berpindah ke premis di pekan Debak untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di Debak.
Pejabat Pertanian Debak
Sesuai dengan bentuk muka bumi Debak yang landai dan bertanah aluvium, kewujudan Pejabat Pertanian Debak dilihat sangat penting dalam menyokong kegiatan sosio-ekonomi berasaskan pertanian. Khidmat nasihat, bekalan material dan hasil R&D dapat dikongsi melalui Pejabat Pertanian Debak untuk manfaat seluruh penduduk di Debak.

Lembaga Amanah Kebajikan Debak (LAKID)
Kewujudan Bangunan Lembaga Islam Debak (LAKID) dilihat sebagai satu tranformasi dan anjakan paradigma bagi masyarakat Islam di Debak. Peranannya lebih dalam menyediakan program kebajikan dan pembangunan ekonomi masyarakat Islam. Dewan LAKID ini sering digunakan dalam program-program masyarakat di sini.
 Pembinaannya yang boleh memuatkan kira-kira 400 hingga 500 orang itu telah dilaksanakan pada tahun 2001 di bawah Pakej Pre-Emptive dan disiapkan dengan kos lebih RM100,000.00. 
Sekolah Kebangsaan Datuk Bandar
Mengambil nama sempena Wakil Sultan Brunei di Saribas suatu ketika dahulu Datuk Bandar Abdul Hamid, SK Datuk Bandar merupakan sekolah rendah terbesar di Debak. Dengan majoriti pelajarnya adalah Melayu, di bawah pimpinan Guru Besarnya, Cikgu Rapaie bin Bulat, SK Datuk Bandar dalam proses memacu ke arah sekolah rendah terbaik di Sarawak. Dengan kredibiliti Guru Besarnya sebagai bekas pensyarah dan Pengerusi Majlis Guru Besar Bahagian Betong, adalah tidak mustahil untuk SK Datuk Bandar mencapai cita-cita tersebut.
Selain itu, sekolah ini menjadi pusat utama dalam perkembangan pendidikan di Zon Debak. Tidak pernah lekang dari aktiviti akademik dan kemasyarakatan adalah rutin harian di SK Datuk Bandar. Sekolah ini juga bnayk melahirkan persona yang cemerlang dan ramai diantara mereka telah melanjutkan pelajaran di SBP dan MRSM.
Laman Khas SK Datuk Bandar
SJK Chung Hwa Debak
SJK Chung Hwa juga merupakan antara sekolah terawal di Debak. Dengan aliran Bahasa Cina, ianya bukan sahaja menjadi pilihan masyarakat Cina tetapi masyarakat Melayu dan Iban di sini. Sekolah ini sering mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan merupakan saingan utama SK Datuk Bandar. SJK Chung Hwa turut melahirkan keluaran yang berkualiti. Laman Web SJK Chung Hwa Debak
Sekolah Menengah Kebangsaan Saribas
SMK Saribas menyediakan lanjutan pendidikan dari peringkat sekolah rendah. Menawarkan pengajian hingga tingkatan 5, SMK Saribas telah banyak melahirkan insan berkualiti dan segelintir daripadanya memegang jawatan penting di seluruh Malaysia. SMK Saribas turut mengejar status sekolah elit setelah mengalami kejatuhan semenjak beberapa tahun yang lepas.
Dengan kedudukan strategik di atas bukit dan kawasan yang luas, ia menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan suasana harmoni sesuia dengan konsep sekolah dalam taman yang diaplikasikan sekarang.
Pasar Debak
Pekan Debak dilengkapi dengan deretan rumah kedai yang moden dan menawarkan pelbagai jenis barangan dari sekecil jarum sehingga sebesar jentera. Didominasikan oleh penduduk Cina, pasar Debak dilihat sebagai nadi ekonomi Debak. Penduduk di sekeliling malah dari Spaoh turut datang ke Debak kerana harga yang ditawarkan lebih berpatutan. Pasar baru dibina ekoran terbakarnya pasar lama "ala koboi". Terdapat jua dua deret rumah kedai lama yang terus digunakan sehingga ke hari ini.
Terdapat hampir 50 unit rumah kedai di Debak dan ia menawarkan variasi dimana antaranya ialah:
  • Barangan Runcit
  • Perkakas Elektik dan Elektronik
  • Penjualan Telefon Bimbit
  • "Cold Storage"
  • Kedai Alat Tulis
  • "Hardware"
  • Pakaian dan Tekstil
  • Kedai Makan dan Restoran
  • Eksesori Kereta, Motosikal dan Bengkel
  • Barangan Kemas dan Perhiasa
  • Perabot dan Hiasan Dalaman
  • Pusat Snooker
Market Serbaguna MDB
Market Serbaguna MDB dibina menggantikan deretan kedai makanan lama suatu ketika dahulu. Berfungsi sebagai pasar basah di bawah dan gerai minuman di atasnya, market ini memberi peluang kepada penduduk di Debak memasarkan hasil tani, tangkapan ikan dan pelbagai lagi di suatu tempat yang berpusat.
Kadangkala, terdapat jua peniaga dari luar Debak yang datang memasarkan produk mereka di foyer market ini. Kewujudan foyer ini jua membolehkan gerai minuman dibuka pada waktu malam. Dengan kedudukan di antara deretan kedai ianya sungguh strategik dan sesuai dengan istilah serbagunanya.
Pejabat dan Perpustakaan MDB
Pejabat dan Perpustakaan MDB merupakan "one stop point" untuk Majlis Daerah Betong di Debak. Selain berfungsi sebagai tempat menyelesaikan bayaran perbandaran dan urusan rasmi dengan MDB, perpustakaannya pula menjadi salah satu daripada khidmat komuniti kepada  masyarakat Debak.
Melalui pengamatan sesetengah pengguna perpustakaan ini, khidmatnya amat penting tetapi tercalar dengan sikap "double standard" oleh pustakawan di situ. Sepatutnya, sebagai agen penyebar maklumat, fasiliti yang ada di perpustakaan tersebut harus dimanffatkan untuk seluruh lapisan masyarakat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri sahaja.
Taman Rekreasi
Tidak se"gah" namanya. Kewujudan taman rekreasi ini tidak seindah yang disangka. Tidak ada ertinya hipokrit dalam isu ini. Taman ini tidak terurus dengan kesan vandalisme merjai segenep penjuru taman ini. Bukan kerana sikap penduduk tetapi kegagalan pencangan yang rapi dalam mewujudkan persekitaran yang bersih dan segar.
Kolam yang tidak pernah bertukar airnya ditambahkan lagi dengan air sampah yang mengalir terus ke dalam kolam tersebut. lampu yang pecah, laluan berlumut dan kotor serta menjijikan.Tandas awam yang wujud tidak pernah berfungsi. Ini mengubah terus persepsi tentang Debak. Sesuatu harus dilakukan oleh pihak berwajib. Namun dalam pada itu, objektif asalnya memang disokong untuk memberikan tempat riada bagi penduduk di Debak. Kewujudan taman permainan kanak-kanak sedikit sebanyak dapat memberikan alternatif kepada penduduk di sini. Sekurang-kurangnya Debak mempunyai sebuah taman rekreasi, terlalu istimewa jika dibandingkan dengan daerah kecil yang lain.
Edisi Khas: Pemulihan semula Taman Rekreasi Debak

Rumah Rehat Kerajaan
Kewujudan Rumah Rehat ini adalah salah satu kemudahan penginapan sekiranya ada pelawat ke Debak. Rumah Rehat yang dijaga rapi ini boleh disewa dengan kadar yang sungguh berpatutan dan berbaloi. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Daerah Kecil Debak untuk tempahan.